Soal Jawab

SOAL JAWAB TENTANG 4LIFE TRANSFER FACTOR


1. Apakah itu Transfer Factor?

Ia adalah molekul halus pembawa maklumat imun (immune IQ) yang terkandung dalam kolostrum. Ia bertanggungjawab memindahkan maklumat imun di antara sel yang terdapat dalam sistem imun badan. Setiap mamalia yang menyusukan anak akan memindahkan kepandaian sistem imunnya kepada si anak melalui susu pertamanya yang dinamakan kolostrum dan Transfer Factorlah kuncinya. Ia adalah "Senjata Daya Imun" yang paling berharga.

2. Apakah itu kolostrum?
Kolostrum adalah susu awal yang didapati dari 1 hingga 3 hari selepas si ibu melahirkan. Selain dari mengandungi nutrien, ia juga mengandungi Transfer Factor.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan "kepandaian sistem imun"?

Setiap manusia atau haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai-bagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan perosak dari luar, yang mendatangkan penyakit. Sistem imunlah yang bertindak memerangi musuh-musuh ini. Apabila musuh menyerang, gambaran rupa musuh akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang dinamakan Transfer Factor. Transfer Factor bertindak sebagai 'kamera penyimpan maklumat' bentuk rupa kuman, virus, kulat dsb.

4. Apakah yang mendorong para saintis mencari Transfer Factor dalam kolostrum?

Melalui pengamatan, mereka dapati bahawa anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya selepas dilahirkan akan mati tidak berapa lama selepas itu walaupun banyak mengambil makanan lain. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah penyebabnya. Pengkaji mendapati bahawa anak lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem pertahanan yang terbentuk dan tidak mengenali bentuk rupa kuman, virus, kulat dsb. Dengan adanya Transfer Factor, sistem pertahanan anak lembu dapat mengenali musuhnya lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.

5. Apakah sejarah di sebalik Transfer Factor?
Pada tahun 1949 Dr. H Sherwood Lawrence, ketika membuat kajian mengenai penyakit batuk kering (TB), mendapati bahawa kecerdikan sistem imun seseorang yang sudah pulih dari penyakit boleh dipindahkan kepada seseorang lain yang belum terkena penyakit dengan menggunakan molekul halus yang diekstrak dari sel darah putih. Beliau namakan molekul halus itu sebagai Transfer Factor.

6. Apakah fungsi Transfer Factor?
a) Meningkatkan aktiviti sel 'Natural Killer' (NK) ketahap 283 - 437%. Ini adalah 10 - 30 kali ganda lebih tinggi dari kemampuan lain-lain jenis herba atau makanan kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah komponen sistem imun yang paling penting dalam menentang infeksi dari penyakit. Ia meronda, mencari dan memusnahkan infeksi dan sel berpenyakit. Sel NK juga bertanggungjawab melawan dan memusnahkan sel kanser dan sel berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dan sebagainya.
b) Meningkatkan kebijaksanaan (IQ) sistem imun - Transfer Factor memiliki gambaran rupa beribu-ribu jenis kuman perosak. Ia akan memindahkan gambaran ini kepada sel sistem imun supaya ia dapat mengenali musuhnya dengan cepat. Transfer Factor memberi informasi yang tepat supaya sel imun dapat bertindak dengan segera untuk menghapuskan kuman, virus dan kulat sebelum ia bertapak dan membiak di dalam tubuh badan.
c) Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif - Sistem imun yang terlalu aktif akan menyerang sel baik dan juga tisu tubuh badan. Keadaan ini menyebabkan penyakit 'autoimun'. Transfer Factor akan menenangkan sel imun apabila musuh-musuh telah berjaya diatasi dan mengarahkannya ke tempat lain yang diperlukan. Fungsi penenang ini amat penting untuk membantu pesakit autoimun seperti lupus, artritis, alergi, asma, sklerosis multipel, psoriasis dan banyak lagi.

7. Jika Transfer Factor terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak ambil sahaja kolostrum?
Kolostrum hanya mengandungi sedikit Transfer Factor. Anda perlu mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg Transfer Factor. Ini bermakna sebiji pil Transfer Factor adalah sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum. Kolostrum juga mengandungi protein sistem imun (antibodi), hanya sesuai untuk anak lembu, yang boleh menyebabkan alergi pada manusia. Transfer Factor tidak menyebabkan alergi kerana ia tidak mengandungi protein tersebut dan sesuai untuk semua jenis spesies.

8. Bolehkah orang yang mempunyai alergi kepada susu atau "lactose intolerant" mengambil Transfer Factor?

Seperti yang diterangkan di atas, Transfer Factor tidak menyebabkan sebarang alergi kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan oleh teknologi ekstraksi canggih milik 4Life Research, yang terdapat dalam Transfer Factor adalah pati molekul "IQ imun".

9. Saya sedang mengamalkan makanan kesihatan lain seperti vitamin, herba, enzim dll. Apakah perlu saya mengambil Transfer Factor?
Transfer Factor bertindak terus ke atas sistem yang paling penting dalam tubuh badan manusia iaitu sistem imun atau daya menentang penyakit. Tanpa daya imun, manusia tidak dapat hidup. Jika sistem imun tidak diberi makanan tepat yang diperlukan, ia akan mencuri bahan yang diperlukan dari sistem yang lain kerana ia adalah fungsi yang terpenting dalam badan. Makanan tambahan lain hanya membekalkan zat kepada sel dan organ tetapi tidak dapat memberi informasi atau kebijaksanaan kepada sistem imun untuk mengenali musuhnya. Sama juga seperti orang kuat, jika terlalu bodoh atau gila, nescaya akan dapat dikalahkan juga oleh musuhnya.

10. Adakah terdapat fakta sains yang membuktikan Transfer Factor dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan kesihatan lain?

Ya! Walaupun makanan kesihatan lain mempunyai fungsi tertentu dalam kesihatan manusia, Transfer Factor memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit. Kajian sains yang dijalankan selama 7 tahun (1992 - 1999) oleh Jeunesse Inc - Institute of Longevity Medicine, California ke atas 198 produk atau rumusan bahan semulajadi, hanya 46 sahaja yang dapat meransang aktiviti sel NK ke tahap 10 - 49%. Transfer Factor dan Transfer Factor Plus dapat meransang aktiviti sel NK ke tahap 283 dan 437% (sila lihat laporan penyelidikan).

11. Adakah kajian mengenai Transfer Factor telah dibuktikan dan disahkan oleh sains?

Sejak penyelidikan Dr. Sherwood Lawrence pada tahun 1949, terdapat lebih dari 3,000 kajian saintifik dan klinikal yang melibatkan beratus-ratus pakar bedah, doktor dan saintis ternama dari lebih dari 70 buah negara. Penyelidikan ke atas Transfer Factor telah menelan belanja lebih dari US$40 juta.

12. Jika Transfer Factor terlalu bagus dan berkesan, mengapa para doktor tidak menggunakannya di klinik?
Terdapat ramai doktor di Amerika dan Eropah yang sudah mula mengguna dan mengesyorkan Transfer Factor kepada pesakit mereka. Transfer Factor juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians' Desk Reference) iaitu buku yang menjadi panduan dan rujukan para doktor ketika mengesyorkan ubat. Terdapat beribu-ribu testimoni dari pesakit yang menggunakan Transfer Factor serta pengesyoran dari para doktor.

13. Adakah Transfer Factor selamat digunakan?
Ia adalah 100% selamat, asli dan tanpa sedikit pun toksid. Pengkaji telah memberikan dos sehingga 2000 kali ganda kepada sukarelawan untuk ujian klinikal dan mendapati tiada langsung kesan sampingan.

14. Adakah semua orang boleh mengambil Transfer Factor?

Ya, dari bayi yang baru dilahirkan sehingga orang tua boleh mengambil Transfer Factor kerana ia adalah bahan asli yang tidak mengandungi sebarang toksid. Ia diekstrak dari kolostrum dan kolostrum sememangnya makanan/minuman bayi.

15. Adakah terdapat maklumat mengenai keselamatan menggunakan Transfer Factor?
Pada tahun 1980, FDA USA meluluskan kolostrum dan diikuti dengan kelulusan mengambil Transfer Factor dari kolostrum untuk kegunaan manusia dalam tahun 1985.

16. Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari pengambilan Transfer Factor?
Semua orang yang ingin mencegah serta merawat apa sahaja penyakit dan juga orang yang mahukan tenaga yang lebih.

17. Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil Transfer Factor?
Transfer Factor mendidik sistem imun kita untuk mengenal dan sentiasa bersedia menghadapi serangan musuh di dalam tubuh badan kita. Serangan musuh ini berlaku pada setiap hari akibat dari cara kehidupan di zaman ini seperti pencemaran kepada makanan, air dan udara. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Kadangkala penyakit boleh merosakkan organ kita ke tahap tidak dapat dipulihkan kembali. Lagipun walau kita sihat, sistem imun terpaksa berkerja "overtime" setiap hari bagi memastikan kita tetap hidup. Jika sistem imun tidak mendapat Transfer Factor secukupnya, ia boleh menyebabkan kita akan selalu merasa letih dan lesu.

18. Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah juga saya mengambil Transfer Factor?

Ya, boleh! Transfer Factor adalah asas "sistem pertahanan asli" untuk manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan Transfer Factor akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu.

19. Bolehkah wanita hamil mengambil Transfer Factor?
Ya boleh. Tidak terdapat sebarang laporan kesan sampingan dari wanita hamil yang mengambil Transfer Factor. Namun begitu adalah lebih baik meminta nasihat doktor masing-masing terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Transfer Factor Plus tidak disyorkan untuk wanita hamil.

20. Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk mengambil Transfer Factor?

Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air, bubur atau sebarang makanan lembut.

21. Adakah Transfer Factor sama seperti vitamin, galian, hormon dan enzim?
Tidak. Transfer Factor adalah pemakanan tambahan lain dari yang lain dan tergolong dalam kelas tersendiri. Transfer Factor adalah 'otak' atau IQ kepada sistem imun.

No comments:

Post a Comment